Sabtu, 22 November 2014

Sahabatku

Aku punyai kawan baik yang sangat istimewa tidak kira dimana aku berada. Dari aku zaman taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun universiti. Mereka semua mengajar aku mengenai sesuatu iaitu 'ERTI SAHABAT'. Bila teringat balik peristiwa yang berlaku antara aku dengan sahabat-sahabat, confirm gelak sendiri sampai kekadang tu orang kata aku gila....(biarkan je la...hahahahaha). Sahabat ada di mana saja dan silih berganti,sebab kita bukan stay satu tempat sahaja kita akan Pindah dari satu tempat ke tempat yang lain bila tiba masanya. Lebih ramai sahabat yang kita kenal lebih baik. Sekurang-kurangnya tak bosan lah hidup ni kan dan selalu ceria je. Erti sahabat itu sendiri dapat mengikat persaudaraan sesama Islam. Aku kat universiti ni mempunyai ramai sahabat yang semuanya best. Kemana saja pergi mesti bersama. Kalau gosip ke atau ketawa sampai ground floor kat bawah boleh dengar. Bestkan masa zaman-zaman macam ni. Aku harap dapat kekalkan sampai bila-bila.....Amin ☺️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan