Ahad, 23 November 2014
kpop video
BTS (방탄소년단) - Graduation Color Coded Eng|Hangul|Roman Lyrics MV [Jimin, ...
Jom tonton video ni
Terbaik la....
Sabtu, 22 November 2014
Banjir
Setiap tahun berlaku banjir kat Malaysia. Kadang-kadang tengok seram juga. Mana taknya kan air sampai paras dada dah nak lepas kepala. Kadang- kadang aku terfikir mesti susah bila banjir. Aku tak pernah alami masa-masa banjir dari aku kecil sampai besar. Bila aku belajar dekat Kelantan ni baru aku tau keadaan banjir tu macam mana walaupun airnya hanya sampai buku lali saja. Baru-baru ni berlaku banjir dekat Terengganu. So bila aku tengok banjir kat TV simpati menerpa ke dalam diri sebentar.
Sahabatku
Aku punyai kawan baik yang sangat istimewa tidak kira dimana aku berada. Dari aku zaman taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun universiti. Mereka semua mengajar aku mengenai sesuatu iaitu 'ERTI SAHABAT'. Bila teringat balik peristiwa yang berlaku antara aku dengan sahabat-sahabat, confirm gelak sendiri sampai kekadang tu orang kata aku gila....(biarkan je la...hahahahaha). Sahabat ada di mana saja dan silih berganti,sebab kita bukan stay satu tempat sahaja kita akan Pindah dari satu tempat ke tempat yang lain bila tiba masanya. Lebih ramai sahabat yang kita kenal lebih baik. Sekurang-kurangnya tak bosan lah hidup ni kan dan selalu ceria je. Erti sahabat itu sendiri dapat mengikat persaudaraan sesama Islam. Aku kat universiti ni mempunyai ramai sahabat yang semuanya best. Kemana saja pergi mesti bersama. Kalau gosip ke atau ketawa sampai ground floor kat bawah boleh dengar. Bestkan masa zaman-zaman macam ni. Aku harap dapat kekalkan sampai bila-bila.....Amin ☺️
Rabu, 19 November 2014
kopi
Aku memang suka kopi,lagi-lagi dapat minum masa hari tengah panas. Perghhhh.....lagi layan. Tapi biasanya aku minum masa study tengah malam sebab nak hilangkan ngantuk dan dapat juga stay lama tapi Mocha panas. Sekarang ni dah macam-macam jenis kopi yang aku dengar. Tapi yang paling owesom sekali mocha. Sebabnya aku suka gila dekat mocha. Mocha ni rasa coklat-coklat sikit dan ianya great combination antara kopi dan coklat.
Sebab itu aku pelajari sikit-sikit tentang nak buat mocha dari internet. Then share dekat blog.
Resepi Mocha
1 packet nescafe 3-in-1
1/2 sudu chocolate
Gula
Susu pekat manis
Ketulan ais
Air suam/panas
blend semua dalam blender.....then serve
Syok minum mocha.... 😋
Selasa, 18 November 2014
Prince Charming
"Dia memang tak romantik tetapi
bila dia jadi romantik orang lain pun boleh jadi angau"
-Ratu Bulan- |
Kawan aku pernah cakap novel yang aku baca best tak
Aku cuma cakap "biasa je sebab kebanyakkan novel yang aku beli semuanya tak best sangat"..
Aku cuma cakap "biasa je sebab kebanyakkan novel yang aku beli semuanya tak best sangat"..
"Oh....kau nak baca kalau aku bagi kau Satu novel ni"..
So kawan aku bagi novel 'Prince charming' karya Ratu Bulan. Bila aku dapat novel tu, aku belek-belek novelnya tengok kulit buku, baca sinopsis sikit-sikit dekat cover page belakang. Dalam hati aku cakap 'biasa je tak ada yang best pun'. Lama jugalah aku simpan novelnya dalam beg sekolah adalah dekat seminggu. Bukan tak nak baca cuma masa yang ada banyak aku guna untuk belajar lagipun masa tu aku tengah upk 1.Satu hari tu, masa tengah lepak dalam kelas disebabkan cikgu Kimia datang lambat. Dia ada tanya aku "kau da habis baca novel tu ke"
"Ermmm.....belum lagi, bukunya tebal sangat tak larat nak baca"...
Dari cara dia cakap dengan mimik mukanya sekali macam minta respon. Disebabkan aku pinjam novel dia lama sangat, rasa bersalah bersarang di hati. Hari tu juga balik dari sekolah aku masuk bilik cepat-cepat then salin baju sekolah. Aku makan jap sebab perut dah keluarkan muzik, ada yang rock,balada dan pokoknya macam-macam muzik berdendangan. Lepas solat zohor, aku amik novel tu terus baca dekat atas katil yang tersangat empuk. Masa baca bab 1 tak berapa best sangat jadi aku skip ke bab 2. Lama-lama aku baca best pula sampai aku tak sedar hari dah petang. Nak jadi kan cerita satu hari tu aku habiskan masa dengan novel Prince Charming.Esoknya, aku jumpa dia dan pulangkan balik novel tu.
Aku cakap dengan dia, "kalau aku pinjam novel tu lagi boleh tak?"
Aku cakap dengan dia, "kalau aku pinjam novel tu lagi boleh tak?"
Langgan:
Catatan (Atom)